If it happens that you are here to find my grammatical mistakes, congratulations! You will surely be able to find it without much problems.

Monday, November 12, 2012

I still love you english (my personal opinion)

This time I would like to write in Malay.

Tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan isi kandungan. Apa yang mahu diluahkan di sini adalah rasa dah lama membelenggu jiwa.


Senario 1:

Wah, bagusnya kolej tu ya, tak sia-sia belajar kat kolej Islam. Ingatkan sekadar nama je kolej Islam.

Senario 2:

Wah, teruknya kolej tu ya, sia-sia saja nama kolej Islam tapi budak-budaknya lebih teruk dari kolej lain.

Senario 3:

Graduan-graduan dari kolej ni memang berkualiti, bukan saja cekap buat kerja dan mengikut arahan tapi akhlak pun baik.

Senario 4:

Aku dah serik dengan graduan kolej itu, perangai teruk, pemalas, degil, memang aku tak akan ambil lagi graduan dari kolej tu.

Senario 5:

Ingatkan dah berhabis banyak duit hantar ke kolej Islam, perangai akan berubah, tapi nampaknya tak ada perubahan langsung.

Senario 6:

Wow, cuba tengok pelajar kolej tu, dalam kolej bukan main sopan, tapi kat luar kolej bukan main lagi, teruknya budak-budak kolej tu.

Senario 7:

Lantaklah kolej Islam ke apa, yang aku dengar graduan kolej ni mudah dapat kerja.

Senario 8:

Pedulikan apa orang nak kata, bila dah keluar dari kawasan kolej, aku bebas untuk buat apa saja.

Senario 9:

Kenapa aku perlu tunjuk alim, aku belajar kat kolej Islam, tapi aku bukannya ambil bidang pengajian Islam pun.

Senario 10:

Aku menyampahla dengan kolej ni, aku nak berhenti, lepas ni aku tak akan syorkan siapa-siapa untuk masuk kolej ni.

Senario 11:

Anak aku ada belajar kat kolej tu, tapi tak tahan lama, teruknya kolej tu ya.

Senario 12:

Laa..kenapa kau nak pergi kolej tu, aku dengar kolej tu teruk, aku nasihatkan cari kolej lain.

Senario 13:

Tak payahla nak masuk kolej tu, orang yang dalam kolej tu pun tunggu masa je nak blah dari situ.



Jatuh bangun sesebuah institusi adalah terletak pada komitmen setiap ahlinya, jika ada anggota atau ahli yang buat hal, yang akan menanggung akibatnya adalah semua orang.

Dalam senario di atas, ia menunjukkan bahawa sikap segelintir orang yang mewakili institusi tersebut telah mencemarkan dan memburukkan nama institusi dan menyebabkan semua orang terpaksa menanggung akibatnya.

Perpatah orang putih ada mengatakan bahawa jangan berak di tempat kita makan, dalam hal ini, sama-samalah kita menjaga nama baik institusi ini.

Anda mahu mendapat kerja secepat yang mungkin selepas anda tamat belajar, tapi pernahkan anda terfikir bahawa tindak tanduk anda telah membuatkan bakal majikan anda berasa tawar hati untuk menerima anda bekerja dengan mereka kerana tindak tanduk anda telah menyebabkan nama institusi anda tercemar. Mungkin anda adalah pelajar yang berkualiti, tetapi tidak ada maknanya jika anda merupakan produk dari institusi yang namanya telah tercemar oleh tindak tanduk pelajar-pelajar lain.

Anda berasa hairan kenapa amat susah untuk diterima bekerja sedangkan sebelum ini anda sedia maklum bahawa graduan dari institusi anda amat laris di pasaran hinggakan anda tidak kisah menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk belajar di situ. Anda mungkin menjadi punca kenapa pasaran sudah mahu mengambil anda kerana anda sendirilah yang pada langsung tidak mahu menjaga nama baik dan tidak hirau akan identiti institusi yang anda wakili.

Mungkin sebelum ini majikan amat lega mendengar graduan dari kolej Islam, dengan harapan graduan tersebut akan membawa imej kolej Islam. Akan tetapi setelah mendapat tahu bahawa nama saja kolej Islam, tetapi pelajar yang dihasilkan langsung tidak menggambarkan pelajar dari kolej Islam, pakaian menjolok mata, aurat tidak dijaga, perangai buruk, akhlak hancur, solat tidak dijaga. Justeru bagaimana bakal majikan mahu mengambil graduan seperti anda?

Kolej ini berdiri megah bukan kerana prasarana yang mahal, bukan kerana tenaga pengajar yang berpengalaman, tetapi kolej ini berdiri megah kerana para pelajarnya yang berkualiti dan membawa imej yang baik selaku graduan dari kolej Islam.

Jika anda memandang rendah akan perkara ini, maka siap sedia lah untuk menghadapi cabaran yang getir setelah anda tamat belajar nanti. Untuk mengekalkan nama baik kolej adalah tanggungjawab semua pihak, lebih-lebih lagi pelajar.

 Masyarakat luar sana lebih gemar menilai perwatakan dan pembawakan pelajar berbanding prasarana dan tenaga pengajar. Kalau prasarana tip top dan tenaga pengajar tip top sekalipun, tidak ada maknanya jika pelajar yang terhasil ada buruk dari segi perangai dan tingkahlakunya.

Jangan sesekali beranggapan bahawa majikan hanya mahu mencari graduan yang berotak pintar sahaja, pintar sahaja tidak ada makna jika tidak mampu menyiapkan tugasan yang diberi, tidak mampu memberi sepenuh komitmen dalam tugas, suka melawan cakap dan sebagainya.

Masa depan kolej terletak pada tangan anda, jika anda memburuk-burukkan tempat anda belajar, bermakna anda sedang memburuk-burukkan masa depan anda dan diri anda sendiri.

Jangan sesekali membuatkan masyarakat di luar sana terkejut dengan tindak tanduk anda yang kononnya belajar di kolej Islam tetapi perangai mengalahkan kolej yang tak membawa nama kolej Islam. Jika anda terus berbuat demikian, anda sedang menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap kolej anda dan bila ianya berlaku, natijahnya amatlah buruk. Fikir-fikirkan.










No comments: